Ketahuilah Hatimu: Antara hati dan hati-hati...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Salamun salam..hamdalillah ats dorongan masa dptlah ana melakarkn tulisan pada
catatan ini dan demi peluang yg ada suka utk ana berkongsi dgn anda semua...

Pada kali ini ana ingin menyentuh berkaitan hati.

Sebagaimana maklum, setiap manusia yg dicipta Allah mempunyai organ hati...jadi, hati ini merupakan anugerah tuhan langit kepada makhluknya....

Apa yang ingin ana sampaikan di sini bukanlah berkaitan dgn organ hati, tetapi hakikatnya
hati yang selalu disebut oleh Allah, Rasulullah dan kebanyakan lautan manusia yg sering
menghadapi masalah hati..Maksud ana, hati yg di sebut di dalam Al-Quran ialah hati yg sering berubah-berubah...

Perasankah kita?? hati kita sentiasa berubah..Btol2, hati kita sntiasa berubah...
Ini berdasarkn pengalmn ana sndri dan saudra2 ana...samada sedar atau tak, itulah
sifat hati yg sntiasa berubah-ubah...Hati kadang2 boleh berubah menjadi baik dan kadang2
boleh menjadi jahat..

Mungkin sebelum ini kita pernah berjnji, tpi hakikatnya kita x menepati janji..itulah hati yg berubah...

Mungkin sebelum ini hati kita pernah berkata begini, tapi hakikatnya jdi begitu..akhirnya
begitu, begini, begitu, begini..abis semua pening..

Oleh demikian, secara tak langsung hati kita akan memberi kesan pd kehidupan dan suasana.
Secara halusnya, hati yg tidak diasuh, tidak ditarbiah dgn cara yg btol akan memakan diri dan boleh membawa kepada kehancuran, perpecahan dan sbgainya...itulah hati tuan2 dan puan2 sekalian..

Hati ini meruapakan aset penting kepada manusia kerana peranan hati inilah yg akan
mengawal dan membentuk diri seseorang..

Membentuk dan menyuburkan hati dengan baik adalah teramat sukar, kerana seseorang itu
mempunyai pelbagai tribulasi, mehnah dan ujian yg mencabar..Cubalah menyelak sirah org2 terdahulu, mereka yg pernah berjaya menyuburkan iman mereka, mereka yg mampu mnjdi penghuni
syurga kerana hatinya kepada Allah yg suci....mereka inilah org2 yg disebut dalam firmanNya:


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."(Al-anfaal:ayat 2)


Ketahuilah, hati ini akan meragam, mengamuk, kecundang, sedih, kecewa, gembira, dan 1001
rasa lagi yg akan diterjemahkan oleh anggotanya apabila hatinya tidak di solek dan ditarbiah
dengan baik...


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata:
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

0 comments:

Post a Comment