HIDUP KITA….


HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI:

1.Semalam - Sudah menjadi sejarah
2.Hari Ini-Apa yang sedang kita

lakukan

3.Esok-Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari

Yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik

2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana

udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan dalam menggunakanya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas
yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk
meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN:

1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

1. Kekal didalam neraka

2. Kekal didalam syurga



Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita

kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan
hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.


Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak
terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak
bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang
tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, Umpama
mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila
ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...
lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat
yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah
telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati
Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada
Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam
syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.


0 comments:

Post a Comment